ILMU DAN MAKRIFAT
Pada kesempatan pertama kali ini, kita akan sama-sama mengkaji apa
sebenarnya hakikat mencari ilmu tersebut, sehingga dapat menjadi pengingat dan
boleh menjadi sumber perenungan untuk kita semua.
Saat seseorang mencari ilmu yang pertama kali perlu diperhatikan adalah
memahami akan pentingnya ilmu itu sendiri.
Kenapa kita perlu menuntut ilmu???...
Sebab tanpa ilmu, hidup ini akan terasa susah, resah, gelisah dan hampa
yang berakibat nanti kita akan sengsara.
Sehingga kita akan menjadi kurang berhati-hati, berbeza dengan orang
yang kaya akan ilmu, dia akan lebih waspada kerana dia tahu sebab akibat dari fikiran,niat,dan
tingkah lakunya.
Kalau kita menyia-nyiakan masa muda untuk menuntut ilmu, kemudian
seiring waktu usia muda kita akan berubah menjadi tua dan terlanjur menjadi
“bodoh” maka yang ada hanya kepasrahan dan penyesalan yang teramat dalam
dikemudian hari. tetapi penyesalan itu tidak akan ada manfaatnya sedikitpun
sebab masa lalu tidak akan pernah kembali lagi.
Sebagai generasi muda kita tidak boleh ikut-ikutan dengan kebiasaan yang
kurang baik tersebut. Apalagi jadi orang yang tidak mempunyai visi dan misi
dalam hidup ini kerana hal tersebut
mengakibatkan lupa pada kewajipan pokok dalam hidup yang seharusnya
diselesaikan setiap waktu.
Maka dari itu belajarlah supaya semuanya berjalan dengan lancar
dan jangan sampai menjadi orang yang bimbang dan terombang-ambing tak jelas
arah langkah hidupnya. Maka mulai berhati-hatilah Anda semua agar setiap hari
tubuh dan raga kita dapat kita olah dengan sebaik-baiknya, agar menjadi kuat
dan sihat jiwa raganya.
Dimulai dari hal terkecil, contohnya setiap pagi, jangan malas bangun
pagi sebab embun pagi adalah sebuah petunjuk yang nyata bahawasannya hawa dan udara
pagi itu sangatlah baik untuk tubuh ini.
Begitulah kita seharusnya sebab langkah anda masih panjang didalam
menggapai semua apa yang dicita-citakan yakni sebuah kemuliaan hidup yang
hakiki, bukan hanya kemuliaan hidup didunia akan tetapi kemuliaan hidup hingga
akhirat kelak.
Orang yang bodoh tidak sedikit akan mengalami nasib buruk dipenghujung
usianya, ibarat sebuah tikar yang lambat laun pasti akan rosak dan harus
dibuang, itu semua dikeranakan dia tidak mampu mengikuti kemajuan zaman yang
begitu cepat sekali perputarannya, maka sangatlah disayangkan sekali apabila
hidup kita ini dikatakan sebagai hidup yang ketinggalan zaman.
Janganlah sekai-kali kita berfikir kalau zaman itu diam atau berjalan di
tempat???.. kerana sesungguhnya kemajuan zaman itu akan terus berjalan,
berkembang secara signifikan dan tidak pernah mengalami kemunduran sedikitpun
hingga bila pun juga. Disinilah kita dituntut untuk selalu fokus didalam
mempersiapkan diri guna menghadapi pesatnya kemajuan zaman tersebut dan modal
utama yang tidak akan pernah tertandingi keberadaannya hingga bila pun juga
adalah ILMU.
Dari penjelasan diatas, kita seharusnya dapat memahami betapa pentingnya ilmu tersebut. ILMU berbeza dengan MAKRIFAT. Kalau ilmu adalah pasif ibarat sebuah “benda” maka Makrifat bersifat aktif, artinya kita harus sudah mampu meresapi, memanfaatkan, memproses dan mengamalkan ilmu itu sendiri dalam tingkah laku sehari-hari, inilah yang dimaksud dengan hakikat makrifat.
Adakah hambatan buat seseorang yang sedang menuntut ilmu atau sedang makrifat???...
Mari kita periksa baik-baik penjelasan berikut dibawah ini...!!!
Seorang yang sedang menuntut ilmu dan makrifat itu seperti pemburu, yang
betul-betul memerlukan petunjuk serta bimbingan dari pemburu-pemburu seniornya
yang telah berpengalaman melebihi dirinya sendiri. Tanpa adanya petunjuk dan
bimbingan dari seniornya, automatik dia akan mengalami beberapa kebingungan.
beberapa contoh kebingungannya tersebut adalah: "dimana dia mesti berburu,
haiwan buruan apa yang patut untuk diburu, dengan cara dan senjata apa dia
mesti berburu, mesti di apakan haiwan buruan tersebut nantinya, dan lain
sebagainya".
Inilah pentingnya kita berguru laku kepada seseorang yang lebih tahu
agar tidak keliru, salah dan tersesat.
Apalah erti doa dan amalan bila tidak diresapi makna dan hakikatnya
sehingga nanti baru kita melangkah ke tahap makrifat, atau mengaplikasikan
pemahaman akan makna dan hakikat dari ilmu itu sendiri. Sebuah ilmu dapat
“kontak” dengan sumber-sumber energi dalam hidup apabila ada guru/ mursyid
didalamnya, dan guru inilah yang mengijazahi sebuah ilmu.
Pengijazahan maksudnya adalah memberikan/ menurunkan secara ikhlas ilmu
yang sudah dia kuasai dan jalani. Apabila proses pengijazahan diberikan dari
guru yang belum menguasai dan belum menjalani “ilmunya” atau hanya sekadar tahu
secara teori semata, maka muridnya tersebut tidak akan pernah sampai kepada
tahap makrifat.
Ilmu itu adalah satu paket rangkaian puja dan puji untuk-NYA. Ilmu
adalah penafsiran tentang sebuah fenomena yang tergelar di alam semesta ini.
Ilmu menafsirkan rahsia-rahsia alam mulai alam sahir dan alam kabir. Dalam
menjalani proses makrifat, maka kita harus mengerti dengan sungguh-sungguh dan
apa yang dilihat dan didengar dari seorang guru hendaknya benar-benar difahami
untuk dijalani dan jangan sekali-kali dalam tahap makrifat tersebut Anda
berdebat dengan guru Anda sendiri, jika kalian mengharapkan keberkahan
didalamnya.
Didalam proses makrifat jangan sampai hanya ikut gelombang keinginan
orang lain tanpa memahami maksudnya. Disinilah peranan penting seorang guru
yang akan membimbing anda kepada titik akhir pencapaian dalam menggapai tingkat
insan yang Sempurna.
Dalam menjalani makrifat anda pasti akan menemui banyak godaan dan
hambatan, godaan dan hambatan itu bukan anda ataupun guru yang menciptakan,akan
tetapi memang sudah ada secara alamiah ketika seseorang berniat hendak mencari
dan mendapatkan ilmu, maka godaan dan hambatan itu pasti akan menghadangya.
Sebenarnya, semua ilmu apapun pasti akan bermuara kepada ilmu-ilmu
ketuhanan dan ketauhidan. Sehingga dalam tahap makrifat tersebut, anda akan
mememukan tiga hal penting, yakni:
Pertama mengetahui apa yang kita cari iaitu sesuatu yang kita sembah
selama ini. Kedua, merasakan kehadirannya dan ketiga kita sudah tidak lagi
melihat sesuatu tersebut kerana sejatinya sesuatu itu sebenarnya ada di dalam
diri kita sendiri masing-masing.
Ketika ilmu sudah menyatu didalam diri, maka kita akan menemukan
hakikat ilmu yang sejati dan hakiki.
Bukanlah orang yang berilmu sejati dan hakiki, apabila masih bersemayam
kesombongan dan ketakaburan didalam diri. Bukanlah orang yang berilmu sejati
dan hakiki apabila masih tertanam kebencian didalam hati. Bukanlah orang yang
berilmu sejati dan hakiki apabila masih gemar menyakiti. Bukanlah orang yang
berilmu sejati dan hakiki apabila hanya mementingkan keluarga dan diri sendiri.
Bukanlah orang yang berilmu sejati dan hakiki apabila masih merasa dirinya
sakti.
Akan tetapi orang yang berilmu sejati dan hakiki adalah dia yang selalu
fana didalam keberadaannya, dia sedar kalau dia tidak mampu apa-apa, tidak mempunyai
apa-apa dll.
Dia merasakan kerinduan yang teramat sangat kepada “Sang Khaliq” Rabb Yang
Maha Menciptakan semua yang ada, yang pernah ada atau yang akan ada.
Akhirnya, tiba saatnya untuk saya mengakhiri pembahasan ini, namun apabila hati anda semua masih belum terpuaskan dengan mempelajari pembahasan singkat diartikel pembuka ini, silakan anda memeliti juga tulisan yang sudah disiapkan pada pilihan beberapa menu diatas. Kerana semakin jauh saya membahas dan mengupas hal tersebut, akan semakin sulit buat saya menghuraikannya dengan kata-kata kecuali anda semua sudah mampu memahami dan sama-sama merasakan rasanya, seperti rasa yang telah orang-orang terdahulu rasakan.
Dan tidak menutup kemungkinan, apabila nanti anda sudah mampu
merasakannya juga, rasanya itu tidak selamanya sama dengan yang orang lain
rasakan.
Terakhir, saya berpesan, bahawasanya: “Kebijaksanaan itu adalah titisan
ilmu sejati dan hakiki yang tidak menimbulkan luka”, ertinya buat apa kita
belajar ilmu dan makrifat, jika hanya untuk mencari musuh atau untuk menyakiti
sesama...!!!